Salam sejahtera dan Salam Sibu Super One!
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Tung Hua, Sibu atas kejayaan mewujudkan blog ini. Sesungguhnya, blog ini boleh memainkan peranannya yang signifikan sebagai satu platform yang efesyen untuk menghubungkan pusat sumber dengan seluruh warga sekolah, bahkan komuniti luar demi kebaikan bersama. Saya yakin bahawa segala program yang dirancang oleh pihak pusat sumber akan lebih berjaya dari segi pelaksanaan dan penglibatan terutamanya penglibatan murid sekolah ini. Saya juga berharap blog ini akan digunakan dengan seoptimumnya oleh pihak yang berkepentingan untuk mendapatkan informasi-informasi dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah.
Sekian, terima kasih.Goi Nguok Yew
Pengetua SMK Tung Hua, Sibu
